By Dr Agilan Arjunan , Fertility Specialist & Gynaecologist , KL Fertility Center ( Malaysia)
Ikuti kisah Athirah.
Athirah mendirikan rumahtangga semasa berumur 26 tahun. Selepas setahun berkahwin , barulah Athirah dan suami memulakan perjalanan untuk menimang cahaya mata.
Selepas setahun mencuba, nasib masih tidak memihak kepada mereka.
“ Saya dah mula panik kenapa saya masih belum hamil. Tetapi selepas membaca beberapa blog fertiliti , kami rasa perlu memberikan lebih masa sahaja kerana kami masih muda lagi” kata Athirah mengingatkan kisah 4 tahun yang lepas.
Walaupun Athirah and suami membuat keputusan untuk memberikan mereka lebih masa, tetapi kesakitan yang Athirah alami semasa setiap kitaran haid menjadi semakin teruk.
Akhirnya mereka membuat keputusan menemui pakar sakit puan .
“ Sebelum saya memilih hospital dan doctor , saya membuat online search dahulu. Pada mulanya kami ingin berjumpa pakar sakit puan sahaja, tetapi suami saya yang cadangkan baik berjumpa pakar sakit puan yang juga pakar fertiliti” .
“ Selepas puas menelaah ‘Dr.Google’ , saya membuat keputusan pergi ke KL Fertility” tambah Athirah lagi.
Selepas menemui doctor pakar , barulah Athirah tahu yang dia mengalami penyakit endometriosis. Athirah mempunyai cyst di ovari kirinya sebesar 5 cm.
“ Saya memang tidak sangka saya mengalami endometriosis. Tiada apa-apa tanda pun selain sakit semasa haid .”
Mencari Ikhtiar
“Doktor mencadangkan saya melalui pembedahan laparoskopi . Ini kerana endometriosis juga boleh mengganggu tiub Fallopian saya . Semasa pembedahan membuang cyst , tiub saya juga diperiksa”.
Selepas pembedahan laparoscopy , Athirah diberitahu tiub Fallopian kirinya tersumbat disebabkan oleh endometriosis.
“Pada peringkat ini, memang suami dan saya cukup tertekan” kata Athirah.
Jelas kelihatan Athirah cuba sedaya upaya menahan air matanya.
“Kami tidak mahu putus asa . Jika inilah jalan kami, kami beriktiar untuk mencari jawapan” tambah Athirah.
Selepas berbincang dengan doktor pakar fertiliti di KL Fertility , Athirah dan suami membuat keputusan membuat rawatan IVF.
“Doktor mencadangkan rawatan IVF adalah yang terbaik bagi kami disebabkan oleh endometriosis dan hanya satu tiub Fallopian yang berfungsi. Boleh cuba IUI , tetapi peluang kejayaan rendah. Kami tidak sanggup lagi melalui perasaan kecewa, jadi kami bergerak terus ke IVF” kata Athirah.
Athirah dan suami melalui rawatan IVF. Doktor mereka tidak memasukkan embrio secara “fresh” .
“Doktor cadangkan saya buat ‘frozen embryo transfer’ . Doktor kata ini adalah lebih baik bagi pesakit yang ada endometriosis. Saya pun ikut nasihat doktor , tapi kenalah saya tunggu sebulan lagi untuk melihat keputusan ujian kehamilan saya” kata Athirah sambil tersenyum lebar.
Embrio Athirah dibekukan dan selepas sebulan kemudian, ‘embryo transfer’ Athirah dibuat .
“Kami masih ingat lagi hari yang kami perlu membuat ujian kehamilan. Stressnya memang berbeza sekali. Alhamdullilah, akhirnya kami berjaya “.
“ Nasihat saya pada semua pasangan yang cuba menimang cahaya mata, janganlah tunggu terlalu lama sebelum mendapatkan nasihat pakar . Mungkin kamu juga mengalami endometriosis”.